Search
Latest topics
» Hello , lamanya kitorang hilangby Fox Sat Aug 29, 2020 11:25 am
» Rahsia Pengguna Prepaid Buat Duit Setiap Bulan
by ASBN Mon Apr 28, 2014 3:38 pm
» CATUABA ORIGINAL : Tenaga Lelaki Luarbiasa . Terbukti Hebat... COD di KL.
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:15 am
» TAWARAN HEBAT VIMAX Original Canada - Saiz Senjata & Seksual : COD di KL
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:12 am
» SPERMAX GEL : TERBARU Untuk Tahan Lama, Keras, Besar & Panjang Zakar. COD di KL
by tzy74 Wed Mar 12, 2014 2:03 am
» Andropenis Gold|Produk Tambah Saiz Zakar
by notrexdame Wed Mar 13, 2013 10:42 pm
» Stud 100 | Spray Untuk Tahan Lama | Digunakan Di Serata Dunia |
by notrexdame Mon Mar 11, 2013 9:49 pm
» Lovekiss Strawberry Pelincir Seksual Berperisa Strawberry | Sungguh Aroma
by notrexdame Sun Mar 10, 2013 6:57 pm
» NEXUS Pheromone | Hormon Pemikat Wanita
by notrexdame Wed Mar 06, 2013 10:55 pm
» Beauty Breast Pump | Besar Dan Tegang Payudara
by notrexdame Thu Feb 28, 2013 9:18 pm
» Playboy Penis Pump | Pump Zakar | Besar | Panjang | Meluruskan Zakar
by notrexdame Tue Feb 26, 2013 8:38 pm
» Semi gauge pistol penis pump - untuk sedutan lebih kuat pembesaran zakar
by notrexdame Tue Feb 26, 2013 12:29 am
» SEMENAX PIL HERBA UNTUK TAMBAH AIR MANI, SPERMA & PANCUTAN
by notrexdame Thu Feb 21, 2013 10:16 pm
» Isteri Sempit | Isteri Ketat | Tongkat Madura | Tongkat Ajimat Madura
by notrexdame Tue Feb 19, 2013 11:23 pm
» losyen power 31 brutal bioasli
by notrexdame Mon Feb 18, 2013 9:07 pm
Undi Pilihan Raya Menggunakan Komputer
+2
decks
strongrider88
6 posters
Setuju tak Undi Pilihanraya Guna Komputer Dilaksanakan Di Malaysia?
Undi Pilihan Raya Menggunakan Komputer
Oleh: Afiq Hanif
Undi pos boleh dihapuskan memandangkan penggunaan perkakasan berteknologi tinggi digunakan sepenuhnya
SEJAK era elektronik (e) diperkenalkan beberapa tahun lalu, ia kian disebut-sebut dalam kebanyakan sistem yang diguna pakai di negara ini sekiranya ia diamalkan secara elektronik di dalam talian (online).
Pelbagai aplikasi sudah digunapakai di negara ini termasuk pengurusan berkaitan kerajaan (e-kerajaan) dan sebagainya.
Dalam kehangatan suasana pilihan raya umum ke-12 bakal menjelang, mampukah ia diaplikasikan dalam sistem terbesar serta
terpenting bagi negara ini?
Bagaimana pelaksanaannya dapat dilakukan?
SETIAP pengundi berdaftar memiliki kad pengenalan sah yang kebanyakannya kini dilengkapi sistem kad pintar yang dihubungkan ke pangkalan data yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) seterusnya dimasukkan ke dalam pelayan khas bagi tujuan berkaitan. Sebelum tarikh pilihan raya diumumkan, semua pihak termasuk SPR, wakil parti politik dan pegawai pemantau akan menyemak senarai nama serta pengundi berdaftar, lalu diwartakan secara sah.
Apabila tiba tarikh mengundi, pengundi yang datang ke pusat pengundian hanya perlu menunjukkan kad pengenalan (KP) sebelum dibawa masuk ke bilik dibekalkan komputer peribadi (PC) khas pilihan raya
sebelum memasukkan KP mereka ke dalam alat pembaca khas yang
dirangkaikan terus ke sistem pangkalan data.
Seterusnya pengundi hanya perlu mengklik ruang disediakan untuk memilih calon bertanding sebelum keluar dari bilik itu.
Rekod pengundi akan dikemaskini secara langsung sebaik pengundi keluar dari bilik mengundi yang mana ia akan dipaparkan ke skrin khas yang membolehkan wakil parti dan pemantau memastikan tiada pengundi yang memilih lebih dari sekali memandangkan kad pengenalan tadi sudah digunakan. Apabila pengundi mengklik 'masuk' tanda pasti memilih calon yang
diingini, rekod terbabit akan dimasukkan terus ke cakera keras menyimpan maklumat jumlah undi.
Persoalan akan timbul bagaimana mahu memastikan tahap ketelusan pihak pengurusan serta kejujuran pihak pengundi atau sesiapa saja agar pengundian secara elektronik ini tidak dimanipulasi untuk kepentingan peribadi.
Untuk memastikan pengundi hanya memilih sekali, sebaik individu itu keluar dari bilik pengundian, PC secara automatik akan menambah jumlah pengundi dalam rekod yang dipaparkan secara langsung. Contohnya, jika jumlah pengundi terkini 10,000 seperti dipaparkan di skrin, sebaik salah seorang pengundi memuktamadkan pilihannya dengan mengklik 'ok', ia akan terus memperbaharui angka itu ke 10,001. Secara tidak langsung, ia akan memperbaharui pelbagai statistik seperti peratusan keluar mengundi, demografi pengundi dan sebagainya bagi memberikan kepantasan proses mengira undi. Satu kaedah mengundi berteknologi tinggi berjaya diperkenalkan iaitu Sistem Mengundi Elektronik Yang Direkod (DRE) dengan kertas undi maya diwujudkan melalui mekanikal atau komponen elektro-optikal diaktifkan oleh pengundi sama ada menekan butang mahupun skrin sesentuh. Data pengundian akan diproses melalui perisian yang dimasukkan terus ke memori manakala selepas pengundian selesai, ia akan dicetak sebagai bukti.
Sistem ini membekalkan penghantaran maklumat lengkap mengenai pengundian ke pusat untuk memproses butiran sebagai laporan keputusan.
Pada pertengahan 1960an, sistem pilihan raya digital mula merangkak hasil pengenalan mesin mengundi menggunakan kad tebuk yang dinamakan Votomatic. Ia juga pernah digunakan untuk pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 1996 dengan lebih 37 peratus pengundi berdaftar mengguna pakai sistem terbabit. Organisasi dan syarikat korporat mempraktikkan pengundian ahli majlis secara digital yang diperluaskan dalam negara seperti AS, United Kingdom (UK), Ireland, Perancis, Switzerland dan Estonia. Sebagai contoh, Estonia melaksanakan pengundian tempatan dan parlimen melalui sistem e-undi dengan kad identiti yang dilengkapi mikrocip.
Pengundi yang mempunyai komputer, pembaca kad elektronik, kad identiti dan kata laluan yang dibekalkan, mampu mengundi dari mana saja tetapi hanya terhad kepada proses pengundian yang memerlukan pemilihan dilakukan lebih awal.
Manakala di Brazil, pengundian secara elektronik diperkenalkan pada 1996 sebelum diperluaskan sepenuhnya pada 2002 dibangunkan syarikat yang dilantik seperti Unisys dan Diebold. Mesin terbabit menggunakan kaedah papan sesentuh numerik yang mempunyai 13 butang mengandungi nombor calon memerlukan pengundi mengklik 'yes' atau 'no' seterusnya menekan butang 'confirm' untuk pengesahan.
Sistem digital ini berkeupayaan menyelesaikan masalah pengundi 'hantu' kerana setiap pemilih memerlukan (KP) yang tidak boleh dipalsukan atau dipindah milik. Selain itu, ia mampu menjimatkan proses pilihan raya seperti pengiraan kertas undi yang menjangkau sehingga berpuluh ribu dan masa pengundian dijimatkan sehingga 30 peratus membolehkan keputusan mampu
diumumkan serta merta. Tidak terkecuali rekod yang didapati dapat diselaraskan. Contohnya, bilangan pengundi, peratusan keluar mengundi serta demografik penduduk berumur 21 tahun ke atas. Tambahan pula, undi pos boleh dihapuskan memandangkan penggunaan perkakasan berteknologi tinggi digunakan sepenuhnya. Beratus ribu pekerja SPR yang dilantik boleh dikurangkan atau diserap ke bahagian lain untuk menjadikan proses pilihan raya lebih
efisyen.
Timbul juga persoalan mengenai tahap ketelusan dan keberkesanan sistem e-undi memandangkan pengundian secara maya tidak memiliki bukti fizikal tetapi perlaksanaannya perlu diteliti agar lebih telus. Kerahsiaan undi menjadi isu yang perlu difikirkan sementara kawalan keselamatan data ditingkatkan bagi mengelak berlakunya anasir jahat iaitu 'fraud' dalam e-undi.
Menurut buku yang ditulis R Michael Alvarez dan Thad E Hall bertajuk 'Electronic Election: The Perils and Promises of Digital
Democracy', sebelum pengundian parti Demokrat dan Republikan di AS pada 2004, pelbagai spekulasi mengenai masalah yang dikaitkan dengan pengundian elektronik. Salah satu daripadanya ialah mesin pengiraan akan menghilangkan undi atau digodam pihak tertentu yang menjadi perdebatan hangat dibangkitkan Demokrat dan Republikan.
Pengurus Besar - Malaysia, Symantec Corporation, C M Woon, berkata terdapat kontroversi yang melanda negara AS terutama berkenaan pengundian DRE mengundang penipuan atau helah.
"Contoh risiko yang boleh memberi kesan kepada proses pilihan raya ialah 'phishing', 'spyware', keselamatan kempen dalam laman web dan 'botnet'," katanya.
Menurutnya, keselamatan mesin mengundi juga isu penting kerana sesiapa yang memiliki akses kepadanya mampu memasukkan 'malware' yang merubah rekod sedia ada, log audit dan undi diberi.
"Walaupun pemeriksaan forensik ketat dilakukan sekali pun, ia tidak masih boleh menyebabkan virus jahat ini merebak dari mesin ke mesin yang lain sebelum atau selepas aktiviti pilihan raya.
Sementara itu, Pengurus Pasukan Maklum Balas Keselamatan Makmal Keselamatan F-Secure Kuala Lumpur, Chia Wing Fei pula memaklumkan pemilihan calon Yang Berhormat melalui laman web memudahkan pengiraan undi dilakukan dengan pengundi tidak lagi perlu keluar untuk membuang undi.
"Tetapi ia turut menjadi isu apabila kata laluan yang digunakan dicuri sebelum mengundi dengan faktor mekanisma seperti dilihat dalam serangan Trojan," katanya.
Kesan negatif utama yang dikesan dalam e-undi adalah persoalan integriti yang menyebabkan penipuan berlaku selain penjenayah mampu melancarkan serangan DDoS ke laman web e-undi.
Dalam hal lain pula, perkakasan pengundian akan diperbaharui dari semasa ke semasa bermakna peranti seperti telefon pintar dan komputer dilaksanakan yang menjadi isu kritikal.
http://www.emedia.com.my/detailnews.php?nid=1756&cid=T01

strongrider88- Forumer
- Number of posts : 57
Registration date : 23/11/2008
Re: Undi Pilihan Raya Menggunakan Komputer
Salam..
Saya berpendapat.. berkenaan undi menggunakan komputer di Malaysia, saya kurang bersetuju buat masa ini.. disebabkan wujudnya kawasan pedalaman di sesetengah tempat, dimana saya fikir langkah-langkah mewujudkan penggunaan komputer ini untuk tujuan mengundi ini sukar dilaksanakan...
Namun begitu, idea mengundi melalui komputer ini cukup kreatif..

Zero- Forumer
- Number of posts : 112
Location : Sabah, KK
Job/hobbies : Pelajar Je..
Registration date : 23/11/2008
Re: Undi Pilihan Raya Menggunakan Komputer
bukan guna komputer, tapi guna internet/online.. jadi guna mobile devices pun bleh vote
Mikail- Forumer
- Number of posts : 94
Registration date : 22/11/2008
Re: Undi Pilihan Raya Menggunakan Komputer
tp title ni, undi menggunakan komputer... jd mobile x termasuk(mo juga ba sibuk2 )
Re: Undi Pilihan Raya Menggunakan Komputer
ye la.. vote komputer kan guna online.. jadi mobile kan boleh online... bolehla sibuk-sibuk
Mikail- Forumer
- Number of posts : 94
Registration date : 22/11/2008
Re: Undi Pilihan Raya Menggunakan Komputer
kalau mgundi ni guna software komputer lagi, software tu x bole la pasang d mobile...kecuali y main type mcm mgundi AF tu...
*Guna software komputer kunun supaya security dia tinggi...
*Guna software komputer kunun supaya security dia tinggi...
Re: Undi Pilihan Raya Menggunakan Komputer
betul juga, patut undi guna sms ja.. lagipun sudah register kan.. tapi kalau ada orang yang lebih dari satu sim kad, jika salah satu telah digunakan yang lain akan terbatal secara automatik.. lagi senang kan.. ndak payah abis juta-juta buat spr
Mikail- Forumer
- Number of posts : 94
Registration date : 22/11/2008
Re: Undi Pilihan Raya Menggunakan Komputer
tul tu...
sia skong pilihan raya guna kmputer..
xyar bazir2 masa p kat luar...
heheee...
sia skong pilihan raya guna kmputer..
xyar bazir2 masa p kat luar...
heheee...
elairvent- Forumer
- Number of posts : 240
Age : 36
Location : In da house
Job/hobbies : still a student ya..
Humor : keep further..
Registration date : 02/12/2008
Re: Undi Pilihan Raya Menggunakan Komputer
tp kan klu kmu mo tau, klu pigi mengundi d luar kan, dpt duit o... kahkahkah... tp sy x pigi lagi mendaftar mengundi...buang masa ja..
Re: Undi Pilihan Raya Menggunakan Komputer
ya ka pigi mdaftar dpt duit...?
sia tia pnah ta pun hal tu..
sia tia pnah ta pun hal tu..
elairvent- Forumer
- Number of posts : 240
Age : 36
Location : In da house
Job/hobbies : still a student ya..
Humor : keep further..
Registration date : 02/12/2008
Re: Undi Pilihan Raya Menggunakan Komputer
decks wrote:tp kan klu kmu mo tau, klu pigi mengundi d luar kan, dpt duit o... kahkahkah... tp sy x pigi lagi mendaftar mengundi...buang masa ja..
betul, dorang sogok2 duit sama makcik2 pakcik2, kadang orang muda pun kena bagi, dalam lingkungan rm50 macam tu, tapi kalau tempat tu panas, wajib diambil oleh parti politik (bzzz bzzz) , lagilah tinggi nilainya.
Fox- Administrator
- Number of posts : 111
Location : Putatan Kota Kinabalu
Job/hobbies : Yezza
Registration date : 22/11/2008
Re: Undi Pilihan Raya Menggunakan Komputer
nah kan... kna bagi duit ba...asal y dtg tu trus kna bagi...x kira tua atau muda.. ... masa kempen ja bising2... klu ada masalah tempat dia tu, mcm teda apa2 bah.. suda jd pemimpin, guyang kaki ja.. korek hidung sambil buka taik telinga..
Similar topics
» "BN perlu mencatatkan kemenangan pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu"
» Anti Virus Yang Menjadi Pilihan Anda?
» Selamat Hari Raya Korban
» Hai saya org baru, salam perkenaln dn slmt hari raya
» Bathmate - Pam Pembesar Zakar Menggunakan Air

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum